Bagi yang layak ke temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41, kami ucapkan tahniah. Impian untuk menjawat salah satu jawatan elit dalam skim perkhidmatan awam semakin dekat. Hanya 1 lagi peringkat pemilihan yang perlu dilalui sebelum layak dipilih menjawab Pegawai Tadbir Diplomatik M41.
Gunakan masa yang ada untuk membuat persediaan secukupnya agar mampu memberiakan prestasi terbaik di hadapan panel penemuduga semasa seisi temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41 nanti.
Info Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji:-
Gaji Minimum ->RM2,252.80
Gaji Maksimum ->RM6,884.12
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan ->RM225.00
Syarat Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,252.80 ] atau
Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
LULUS peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan
Kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Statistik Pengambilan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 tahun terdahulu :-
Bilangan Permohonan : 84963
Bilangan Calon Temuduga : 570
Bilangan Kekosongan : 100
Bilangan Calon Simpanan : 50
Etika Pemakaian Temuduga Jawatan Kerajaan
Kepada semua yang berminat untuk menjawat jawatan ini, tunggu....
Panduan dan bimbingan mudah akan di berada dalam talian nanti......
Anda juga boleh like di -------------->
https://www.facebook.com/pages/Pegawai-Tadbir-Diplomatik-M41/281957028634911
Anda juga boleh like di -------------->
https://www.facebook.com/pages/Pegawai-Tadbir-Diplomatik-M41/281957028634911